Assalamualaikum,
Setiap insan di dunia pasti mahukan cinta kerana cinta itu fitrah manusia. Janganlah salahkan diri anda sendiri kerana mempunyai perasaan cinta pada orang yang tidak mencintai anda kerana rasa cinta itu fitrah. Salahkan diri anda kerana membiarkan diri anda hanyut dibuai rasa cinta sehingga terleka rasa cinta kepada yang Maha Esa.
Seringkali kita mendengar ungkapan “Cinta itu buta”. Salah. Cinta itu tidak buta. Manusia yang buta membiarkan diri menjadi buta hingga hanyut mengejar cinta yang tidak pasti. Kerana itulah , tuhan menarik kembali rasa cinta itu kerana mereka alpa cinta sesame manusia sehingga lupa cinta kepada-Nya.
Ingatlah, bukan anda seorang sahaja yang diuji atau dipilih untuk menerima dugaan gagal bercinta. Ramai lagi di luar sana yang entah bagaimana mengaharungi perit pedih bercinta. So, kuatkanlah hati anda, muhasabah diri kepada-Nya, kaji dan selidik dimana kesilapan anda dan bertaubatlah.
Ya, berkata-kata mungkin senang dari yang menanggungnya dan merasainya. Pada permulaan mungkin sukar untuk anda menerima. Apa orang kata, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Tapi, yakinlah, anda pasti dapat mengharunginya. Biar masa sahaja menentukan. InsyaAllah, segala kejadian didunia ini pasti ada hikmahnya. Perjalanan hidup kita di dunia ini suda tercatat oleh-Nya. Jika anda berjaya mengharungi dugaan ini, pasti ada hikmah yang lebih baik menanti anda di masa hadapan. InsyaAllah.
Jodoh itu rahsia Allah S.W.T. Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi. Pegang kata-kata ini dan anda pasti berjaya mengharungi hidup tanpa cinta yang tidak diredhai. Sampai suatu masa, Allah akan temukan anda dengan jodoh anda cuma kita tidak tahu masanya bila. Tuhan mencipta setiap insan didunia ini berpasang pasangan. Menantilah jodoh anda dengan penuh sabar. Sabar itu indah. =)
Hayati lagu ini . Cahaya Hati by Opick
Allah engkau dekat,
Penuh Kaseh Sayang,
Takan pernah engkau biarkan,
Hamba-Mu menangis,
Karna Kemurahan-Mu,
Karna kasih sayang-Mu,
Hanya Bila diri-Mu,
Ingin nyatakan Cinta,
Pada jiwa jiwa yang rela,
Dia kekaseh-Mu,
Kau Yang Selalu terjaga,
Yang Memberi Segala.
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar, Ya Nurul Qalbi,
Allah Rahman, Allah Rahim,
Allahu Ya Ghafar, Ya Nurul Qalbi.
Di Setiap Nafas,
Di segala waktu,
Semua bersujud memuji,
Memuja asma-Mu.
Kau yang selalu terjaga,
Yang memberi segala.
Allah Rahman, Allah Rahim,
Allahu Ya Ghafar, Ya Nurul Qalbi,
Wassalam.
0 rame-rame beterbangan:
Post a Comment