Assalamualaikum ...


Benda yang baik dikongsi bersama.



Mawar Pertama
Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepada-Nya.

Mawar Kedua
Kasihanilah orang yang lemah nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga
Optimislah, sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat
Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya, tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam keruhan. Bersyukurlah. Syukur itu kunci kebahagiaan.

Mawar Keenam
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita citanya, kebal dari penyakit dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar Ketujuh
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah. Tenangkanlah hatimu dari belenggu kesedihan dan kegelisahan. Bahagia untukmu pasti akan muncul jua. Terus memohon kebahagiaan dari-Nya, insyaAllah. Jangan pernah berhenti.

Mawar Kelapan
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insyaAllah.

Mawar Kesembilan
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu. Janganlah menyimpan dendam kerana ianya hanya menambah titik hitam di dalam hatimu. Tenangkanlah hatimu dengan memaafkan kesalahan mereka.

Mawar Kesepuluh
Mandi, berwuduk, memakai wangian dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan. Bersuci adalah salah satu cara untuk menyegarkan diri anda. Diri segar, minda segar, hati pun terasa bahagia. InsyaAllah.

Dipetik dan diolah dari buku "Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia & Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia"  dari Dr.Aidh B Abdullah Al-Qarni.




Wassalam.

p/s: Dunia ini adalah perhiasan, dan seindah indah perhiasan adalah wanita solehah ..